Home Semasa Bomba Wanita cedera dalam operasi memadam kebakaran

Bomba Wanita cedera dalam operasi memadam kebakaran

by M.Daim

MELAKA, 31 Dis – Seorang Pegawai Bomba Wanita dan rakannya cedera ketika memadam kebakaran yang melibatkan sebuah rumah dua tingkat di Melaka, malam semalam.

Mangsa, Pegawai Bomba Wanita, Norashima binti Affandi, 25 tahun, cedera apabila dihempap dinding ketika menaiki tangga ke tingkat atas rumah.

Komander Operasi Kebakaran, Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Ismail Bin Harun ketika dihubungi telah mengesahkan kejadian tersebut.

“Mangsa (Norashima) telah stabil dan dibenarkan keluar dari hospital,” kata Ismail.

“Beliau tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan dibenarkan untuk berehat selama 4 hari.”

Norashima mengalami tisu koyak di bahagian kaki dan cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala. Seorang lagi anggota bomba, Pegawai Bomba Nornikman Mamat, 39, cedera ringan ketika cuba menyelamatkan Norashima.

“Norashima dan rakan sepasukannya pada ketika itu sedang menaiki tangga untuk memeriksa tingkat atas rumah selepas api kebakaran berjaya dipadamkan.

“Ketika beliau berada ditangga, ketulan batu dari dinding atas pemisah rumah runtuh dan menimpa Norashima. Seorang lagi anggota bomba cedera dihempap runtuhan ketika cuba menyelamatkan beliau,” kata Ismail.

Menurut Ismail, anggota bomba menaiki tingkat atas rumah untuk pemeriksaan bagi memastikan kebakaran telah padam sepenuhnya. Kedua-dua pegawai bomba

Pada malam semalam, dua orang anggota bomba telah cedera ketika melakukan operasi memadam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Cheng Utama, Melaka.  Dua buah jentera bomba bersama 16 anggota telah dikejarkan ke tempat kejadian.

Satu rakaman video yasng merakamkan detik-detik cemas semasa operasi memadam kebakaran tersebut sedang dijalankan telah tular di media sosial.

Kebakaran tersebut telah memusnahkan tingkat atas rumah manakala penghuni telah berjaya menyelamatkan diri. Punca kebakaran masih lagi disiasat.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!