SHAH ALAM, 29 Dis – Parti Keadilan Rakyat (PKR) melantik Rafizi Ramli sebagai Naib Presiden PKR secara lantikan bagi penggal 2018-2021.
Pengumuman itu telah dibuat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan media semalam sekali gus menjawab segala persoalan sebelum ini tentang status bekas Ahli Parlimen Pandan dalam PKR.
Selain Rafizi, turut dilantik secara lantikan memegang jawatan dalam barisan kepimpinan PKR yang baharu adalah Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang dan Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju serta enam yang lain.
Anwar berkata, Majlis Pimpinan Pusat Keadilan telah bermesyuarat semalam dan antara yang dibincangkan adalah perlantikan jawatan-jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Perlantikan baharu ini melambangkan gandingan pemimpin dari seluruh negara yang pelbagai kaum, merangkumi tua dan muda, lelaki dan wanita yang merupakan kekuatan PKR, katanya.
Dalam mesyuarat itu, turut mencadangkan Tian Chua untuk mengetuai jawatankuasa keanggotaan dan Lee Boon Chye mengetuai jawatankuasa sistem pemilihan parti.
“Diharapkan mereka dapat memikul amanah besar ini untuk menunaikan harapan rakyat dalam era Malaysia Baharu ini,” katanya.
Senarai Jawatankuasa PKR 2018-2021
Presiden PKR: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Timbalan Presiden: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Naib Presiden (Lantikan): Rafizi Ramli
Naib Presiden (Lantikan): Chang Lih Kang
Naib Presiden (Lantikan) (Sabah/Sarawak): Ali Biju
Setiausaha Agung: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Bendahari Agung: Lee Chean Chung
Ketua Penerangan: Datuk Shamsul Iskandar Md Akin
Setiausaha Pengelola: Nik Nazmi Nik Ahmad
Ahli MPP (Lantikan):
Lee Khai Loon
Faisal Sanusi
Syed Ibrahim Syed Noh
Rayyan Abdul Rahim
Raymond Ahuar
S Kesavan
Pengarah Strategi: Datuk Dr Mansor Othman
Pengarah Komunikasi: Fahmi Fadzil
Timbalan Setiausaha Agung: Datuk Sri Dr R Santhara Kumar
Timbalan Ketua Penerangan: Sim Tze Tzin dan S Manivanan