Home PolitikPakatan Harapan Bersatu hanya ambil alih tugas, bukan jadi UMNO 2.0 – Bersatu

Bersatu hanya ambil alih tugas, bukan jadi UMNO 2.0 – Bersatu

by Air Times News Network

SHAH ALAM, 28 Dis – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Ulya Aqamah Husamudin berkata bersatu tidak berniat untuk menjadi UMNO 2.0, sebaliknya mahu mengambil alih tugas parti Melayu tertua itu dalam memperkasakan orang Melayu.

Memetik laporan Sinar Harian, Ulya Aqamah menegaskan parti itu akan tetap menggalas tanggungjawab berkenaan memandangkan Umno dilihat sudah gagal.

Namun, katanya, Bersatu langsung tidak berhasrat untuk menggantikkan Umno sebagai entiti berkenaan.

“(Bila) kita kata Bersatu akan gantikan Umno, maksudnya Bersatu yang akan mengambil alih tugas Umno untuk menjaga kebajikan, pertahankan hak dan perkasakan orang Melayu.

“Kita akan jalankan tanggungjawab itu,” katanya ketika ditemui di pejabat Sinar Harian, di sini, hari ini.

Kelmarin, Ketua Penerangan Umno, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, Bersatu tidak boleh menggantikan Umno meskipun parti itu mendakwa mereka adalah parti orang Melayu dan Bumiputera.

Walaupun bukan lagi bergelar kerajaan, katanya, Umno akan tetap menjadi pilihan utama orang Melayu dan Bumiputera sebagaimana dahulu, kecuali di Pahang dan Perlis.

Shamsul Anuar berkata, Umno juga jauh lebih baik berbanding Bersatu kerana mempunyai sistem pentadbiran sistematik.

Dalam pada itu, Ulya Aqamah yang juga Ketua Penerangan Armada Bersatu menegaskan, parti itu mempunyai struktur yang lengkap dari semua aspek meskipun masih baharu.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!