KUALA LUMPUR, 21 Dis – DAP tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan gabungan Pakatan Harapan (PH) yang membentuk kerajaan pada hari ini sekiranya objektif Malaysia baharu yang dilaungkan mereka dipinggirkan.
Menurut Penasihat DAP Lim Kit Siang, komitmen itu yang membezakan parti tersebut dengan MCA yang disifatkan beliau sebagai ‘lembik’ semasa berada dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu, katanya seperti dilaporkan portal Utusan Online semalam.
“Pemimpin-pemimpin DAP dalam kerajaan akan memainkan peranan penting untuk membina Malaysia baharu dan menyelamatkannya daripada menjadi demokrasi memalukan, kakistokrasi, negara gagal dan kleptokrasi global.
“Sama ada dalam kerajaan atau luar, tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan gabungan pakatan kerajaan sekiranya objektif Malaysia baharu di abaikan,” katanya menerusi catatan terbaharu dalam laman blognya, blog.limkitsiang.com semalam.