KUALA LUMPUR, 17 Dis – Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) yang cedera diserang perusuh pada 27 November lalu, Muhammad Adib Mohd Kassim, telah dilaporkan meninggal dunia.
Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Puan Hajah Zuraida Kamaruddin dalam satu kenyataan.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.41 malam di Institut Jantung Negara.
Kesihatan Allahyarham dilaporkan semakin merosot semenjak tengah hari semalam.
Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim cedera parah dipukul oleh perusuh ketika cuba memadamkan kebakaran di Kuil Sri Mahamariaman di Subang Jaya bulan lalu.
1 comment
[…] Artikel berkaitan: Bertarung nyawa 21 hari, Adib akhinya pergi jua. […]