PUTRAJAYA, 16 Dis – Malaysia menentang sekeras-kerasnya tindakan Australia mengiktiraf Baitulmaqdis barat sebagai ibu negara Israel.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu satu penghinaan kepada rakyat Palestin.
“Malaysia percaya pengumuman dibuat sebelum penyelesaian dua negara dilaksanakan ini sebagai tidak matang dan penghinaan kepada rakyat Palestin serta perjuangan menuntut hak mereka.
Menurutnya, Malaysia mengulangi pendirian bahawa pentingnya penyelesaian dua negara, di mana rakyat Palestin dan Israel hidup berdampingan berdasarkan sempadan sebelum tahun 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota Palestin dilihat satu-satunya penyelesaian terbaik untuk konflik Palestin-Israel.
“Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan semua rakan kongsi untuk mencari penyelesaian yang adil, komprehensif dan terbaik kepada konflik dua negara itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, Australian melalui Perdana Menterinya, Scott Morrison dilaporkan berkata, kerajaannya mengiktiraf Baitulmaqdis barat sebagai ibu negara Israel namun memilih untuk menangguhkan pemindahan pejabat kedutaannya ke Tel Aviv sehingga perjanjian keamanan dicapai.