Home Politik Bekas Ahli Parlimen UMNO mahu masuk DAP, kena bertaubat dahulu – Kit Siang

Bekas Ahli Parlimen UMNO mahu masuk DAP, kena bertaubat dahulu – Kit Siang

by Air Times News Network

ISKANDAR PUTERI, 16 Dis – Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak menolak pintu parti itu daripada menerima mana-mana Ahli Parlimen UMNO namun mereka perlu bertaubat terlebih dahulu.

Memetik laporan Utusan Online, Kit Siang berkata individu berkenaan bagaimanapun perlu sedia disiasat dan jika didapati bersalah tindakan undang-undang perlu diambil ke atas mereka.

“Mereka (ahli UMNO) dahulu yang menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bertaubat, mengaku salah kerana tidak faham skandal 1MDB dan menyokong agenda kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Namun jika mereka terlibat dengan gejala rasuah dan didapati bersalah, mereka perlu menghadapi proses kehakiman,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata demikian selepas menghadiri Kem Pendidikan Kemanusiaan dan Kemajuan Pembangunan di Dewan Kampung Simpang Arang, Gelang Patah, di sini semalam.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!