Home Semasa Panggilan ancaman bom palsu bahayakan pesakit -Kementerian Kesihatan Malaysia

Panggilan ancaman bom palsu bahayakan pesakit -Kementerian Kesihatan Malaysia

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius insiden ancaman bom palsu di Hospital Tampin yang  berlaku pada awal pagi hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menggesa pihak keselamatan untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap dalang insiden ancaman bom palsu.

“Kementerian berharap pihak berwajib akan mengambil tindakan yang tegas ke atas mana-mana pihak yang berniat jahat menggangu atau mensabotaj perkhidmatan kesihatan di mana-mana fasiliti kesihatan sehingga mengancam keselamatan pesakit dan petugas kesihatan,” kata Hisham dalam satu kenyataan di akaun media sosial rasmi beliau.

Hospital Tampin telah menerima panggilan ancaman bom dari orang yang tidak dikenali  pada awal pagi tadi. Pihak pengurusan hospital telah menghubungi PDRM dan beberapa agensi lain.

Ketika kejadian, seramai 90 orang pesakit dan 189 kakitangan hospital berada di Hospital Tampin bersedia untuk dibawa keluar dari hospital. Daripada jumlah tersebut, terdapat 14 orang pesakit berada dalam keadaan kritikal. Pihak PDRM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang bom ditemui dalam kawasan hospital setelah operasi selesai dijalankan pada pukul 9.50 pagi.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!