Home Semasa Najib dibebaskan dengan jaminan SPRM

Najib dibebaskan dengan jaminan SPRM

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 10 Dis – Datuk Seri Najib Tun Razak dilepaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini selepas ditahan selama dua setengah jam ketika hadir untuk dirakam keterangannya berhubung isu pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut sumber SPRM, bekas perdana menteri itu tiba di ibu pejabat SPRM di sini dengan menaiki kenderaan utliliti sukan (SUV) jenis Kia Sorento pada jam 10.40 pagi bagi memberi keterangan kali kedua sebelum ditahan pada jam 10.51 pagi.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, Najib kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM pada jam 1.21 tengah hari.

Sumber turut memaklumkan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda dijangka hadir memberikan keterangan ke SPRM esok.

Pada 6 Disember lalu, Najib telah memberikan keterangan selama empat jam membabitkan kes berkenaan.

Sebelum ini, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang turut dirakam keterangan oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes sama.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!