Home Semasa “Malam Malaysia” inisiatif kenalkan negara di mata dunia

“Malam Malaysia” inisiatif kenalkan negara di mata dunia

by Air Times News Network

ABU DHABI, 9 Dis – Majlis Perniagaan Malaysia (MBC), Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menganjurkan Malam Malaysia bertempat di Shangri-La Hotel yang bertujuan untuk meraikan semua perkara-perkara menarik mengenai Malaysia di sini hari ini. Acara yang dianjurkan bertujuan untuk memperkenalkan kepada rakyat Malaysia dan asing yang bermastautin di Abu Dhabi mengenai kewujudan MBC selain menggalakkan penglibatan mereka dalam program-program yang bakal dianjurkan pihaknya.

Duta Besar Malaysia ke Abu Dhabi, TYT Dato’ Syed Md Hasrin Tengku Hussin menzahirkan kebanggaannya yang tidak terhingga atas penyertaan dan inisiatif MBC yang giat menganjurkan acara-acara untuk mempromosikan Malaysia di mata dunia, selain mengeratkan hubungan bersama rakyat Malaysia yang menetap di sini.

Duta Besar Malaysia ke Abu Dhabi, TYT Dato’ Syed Md Hasrin Tengku Hussin

Presiden Majlis Perniagaan Malaysia (MBC), UAE, Cik Fei Chin Kaw

Manakala, Presiden MBC, UAE, Cik Fei Chin Kaw dalam ucapannya menyatakan MBC yang berpusat di Dubai kini berhasrat untuk memperkenalkan organisasinya secara meluas. Kini Abu Dhabi menjadi pilihan untuk melibatkan lebih ramai penyertaan dalam organisasinya selain Dubai. Program jangkauan luar akan terus giat dilaksanakan secara berterusan dari masa ke semasa hingga ke seluruh UAE. Ujarnya lagi, acara seumpama ini adalah untuk memperkenalkan negara kepada warga asing yang turut menetap di sini.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada para tetamu, Kedutaan Malaysia Abu Dhabi, Konsul Jeneral Malaysia Dubai, Pelancongan Malaysia Dubai, Pertanian Malaysia Dubai, Matrade, MIDA dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia Dubai atas sokongan tidak berbelah bagi dalam menjayakan acara yang telah dilaksanakan dan bakal dilaksanakan”.

“Terima kasih juga diucapkan kepada Operon, Perdana Express, Lulu Hypermarket, Sunway Resort and Hotel, BFC Management and Consulting, Restoran Mamak dan Alicafe atas tajaan yang diberikan”.

Kira-kira 150 orang tetamu hadir dari kalangan rakyat Malaysia dan asing termasuk duta-duta besar yang berkhidmat di Abu Dhabi. Sebelas jenis buah-buahan tempatan diterbangkan khas antaranya durian, nangka, manggis, cempedak, rambutan, belimbing, nenas dan buah naga sebagai hidangan untuk dinikmati tetamu yang hadir. Sebagai halwa telinga, tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan muzik lagu-lagu dari Malaysia oleh kumpulan kugiran Malaysia di Abu Dhabi dan persembahan deklamasi sajak berbahasa Melayu oleh pelajar Malaysia dari Akedemi Amerika GEMS.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!