Home Pertahanan dan Keselamatan ESSCom siasat juragan bot tunda ditembak

ESSCom siasat juragan bot tunda ditembak

by Air Times News Network

LAHAD DATU, 6 Dis – Komander ESSCom, Datuk Hazani Ghazali memaklumkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) masih menjalankan siasatan berhubung seorang juragan bot tunda warga Indonesia cedera ditembak di perairan sempadan Kinabatangan-Tambisan, malam tadi,

Memetik laporan Bernama, Hazani berkata dalam kejadian 8 malam itu, lelaki berusia 40-an itu cedera ditembak ketika sedang menunda bot Mantran 2 yang membawa 13 kru iaitu dua warga Malaysia dan bakinya warga Indonesia yang dalam perjalanan dari Bintulu, Sarawak ke Papua New Guinea.

“Terdapat sebuah bot dipercayai dinaiki empat individu membawa senjata api telah menghampiri bot tunda, sebelum seorang lelaki  melepaskan tembakan dan mengenai bahagian paha mangsa.

Bot dinaiki suspek kemudian beredar ke perairan Tambisan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Bagaimana pun, Hazani berkata, kru lain tidak mengalami sebarang kecederaan manakala  juragan  itu menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.

Beliau berkata, pihaknya masih mengenal pasti motif kejadian berkenaan sama ada cubaan merompak atau menculik.

 

Related Articles

Leave a Reply