Home Semasa Pangkat Irwan Serigar sebagai Mejar Jeneral Kehormat ditentukan Majlis Angkatan Tentera

Pangkat Irwan Serigar sebagai Mejar Jeneral Kehormat ditentukan Majlis Angkatan Tentera

by Air Times News Network

KUALA  LUMPUR, 5 Dis – Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong memaklumkan kepada Dewan Negara hari ini, Kementerian Pertahanan akan merujuk kepada Majlis Angkatan Tentera (MAT) berhubung pangkat bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah sebagai Mejar Jeneral Kehormat Askar Wataniah.

Memetik laporan Bernama, Liew berkata terpulang kepada badan berkenaan untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.

“Saya tak sedar beliau (Mohd Irwan) diberikan gelaran kehormat ini dan pihak kementerian akan rujuk kepada Majlis Angkatan Tentera untuk membuat keputusan untuk semua gelaran atau pangkat yang diberikan,” katanya menjawab soalan tambahan Senator Alan Ling Sie Kiong pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Alan Ling bertanya sama ada kementerian sedar mengenai pangkat kehormat yang dianugerahkan kepada Mohd Irwan yang kini berdepan pertuduhan pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan.

Dilaporkan Mohd Irwan menerima pangkat itu pada 26 Oktober 2016 dalam majlis pemakaian pangkat Pegawai Kanan Sukarela dan Kehormat Askar Wataniah di Wisma Pertahanan.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!