Singapura, 5 Dis – Singapura menyuarakan bantahan mereka kepada Malaysia yang merancang untuk memperluaskan had pelabuhan di Johor Bahru. Rancangan untuk memperluaskan had pelabuhan tersebut disifatkan sebagai menceroboh perairan wilayah Singapura.
Kementerian Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan berkata, pihaknya telah meminta Malaysia untuk menarik semula cadangan untuk meluaskan pelabuhan sebagai mencerminkan kedaulatan Singapura berhubung perairan.
Semalam, Agensi Reuters turut memetik kenyataan Menteri Pengangkutan Singapura yang mendakwa beberapa buah kapal termasuk kapal agensi penguatkuasaan Malaysia kerap menceroboh perairan wilayah republik itu sejak dua minggu di perairan Tuas, Barat Singapura.
“Singapura telah menyampaikan nota bantahan berikutan pencerobohan kapal-kapal dari Malaysia yang melanggar undang-undang antarabangsa,
“Tentera Laut Singapura dan Pasukan Polis Pengawal Pantai Singapura sentiasa mengawal kedaulatan perairan wilayah republik Singapura sepanjang masa,” kata Khaw.
Khaw turut menyatakan bahawa Singapura akan mengambil tindakan tegas sekiranya pencerobohan terus berlaku.