Home Semasa Rusuhan Kuil: Kenderaan tentera turut jadi sasaran perusuh

Rusuhan Kuil: Kenderaan tentera turut jadi sasaran perusuh

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Kenderaan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menjadi mangsa serangan melulu perusuh di Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya pada malam dua hari lepas.

Melalui laman media sosial (www.facebook.com/Kelab.TUDM), satu gambar kenderaan yang dipercayai milik Tentera Udara Malaysia (TUDM) dan satu laporan polis telah dimuat naik semalam.

Menerusi entri tersebut, admin telah menulis status dan disertakan dengan satu keping foto kereta dan laporan polis tersebut:

“Awak tentera? Dah tahu tentera terus pecahkan cermin”. #MacamMeminta, memetik entri berkenaan.

Entri tersebut telah mendapat lebih 1,388 perkongsian dengan 200 komen sehingga artikel ini dikeluarkan.

Rata-rata pelayar laman sosial mengkritik dengan perbuatan tersebut.

“Semoga pasukan keselamatan kita sentiasa dilindungi Allah…Aamiin..” kata Eyma Kakcine.

“Bagi POPO bertindak nak tau kuat tak yg pecahkan cermin keta tu…baru diorg kenal langit dan bumi mcm mana beza…” tulis Ropie Blade.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!