Home SemasaGlobal Pesawat tersasar, juruterbang dipercayai tertidur

Pesawat tersasar, juruterbang dipercayai tertidur

by Air Times News Network

LONDON, 27 Nov – Dipercayai tertidur, seorang juruterbang tersasar lokasi pendaratan hampir 50 kilometer (KM) ketika penerbangan carter.

Memetik laporan Daily Mail, biro keselamatan pengangkutan Australia (ATSB) berkata, kes ini masih dalam siasatan susulan ‘ketidakupayaan juruterbang’ dari Devonport di Tasmania ke Pulau Raja.

Data pengesan penerbangan menunjukkan penerbangan itu selamat mendarat pada 6.21 pagi di  Lapangan Terbang Pulau Raja berhampiran bandar Currie walaupun tersasar sejauh 46 KM.

Data yang diperoleh oleh The Australian, menunjukkan penerbangan itu adalah salah satu dari tujuh penerbangan pesawat Piper PA-31 Navajo VH-TWU yang dijadualkan pada 8 November.

Dalam kenyataan ATSB, pasukan penyiasat telah mengklasifikasikan sebagai insiden yang serius dan sedang pengumpulan bukti dalam laporan terakhir.

Laporan itu dibentangkan pada Mac 2019.

Bagaimanapun, Pengarah Urusan Vortex Air, Colin Tucker enggan mengulas mengenai insiden itu ketika dihubungi oleh Daily Mail Australia.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!