Home Pertahanan dan Keselamatan 184 veteran, 28 balu tentera terima Pingat Jasa Malaysia

184 veteran, 28 balu tentera terima Pingat Jasa Malaysia

by Air Times News Network

MUAR, 26 Nov – Sebanyak 184 veteran dan 28 balu tentera menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) bagi peringkat negeri Johor dalam satu majlis yang diadakan di Dewan SBJ, Bakri di sini semalam.

Menurut laporan Bernama, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, tujuan penyampaian pingat itu adalah bagi menghargai dan mendekati para veteran tentera serta balu yang telah banyak menyumbang bakti kepada negara.

“Pihak kementerian menerusi Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) sentiasa menjaga kebajikan bekas tentera dan memberi pelbagai bantuan termasuk dari segi bantuan kesihatan, bantuan persekolahan anak-anak bekas veteran dan lain-lain.

“Terdapat kira-kira 300,000 orang veteran berpencen dan tidak berpencen di seluruh negara dan ada daripada mereka yang tinggal jauh di luar bandar dan tidak mempunyai  maklumat tentang bantuan yang berhak mereka terima”, katanya.

Turut hadir Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi dan Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato’ Dzulkarnain Ahmad.

Pada majlis itu juga, Mohamad turut menyampaikan Anugerah Ikon kepada 10 usahawan veteran yang mendapat bantuan Skim Pembiayaan Mikro Usahawan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (SPMUV).

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!