Home Politik RM2.015 bilion peruntukan untuk negeri Terengganu

RM2.015 bilion peruntukan untuk negeri Terengganu

by Air Times News Network

KUALA TERENGGANU, 25 Nov – Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini membentangkan Bajet 2019 dengan bertemakan “Negeri Berkat, Rakyat Selamat.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika membentangkan Bajet 2019  itu berkata peruntukan sebanyak RM2.015 bilion adalah lebih besar berbanding RM1.996 bilion dalam Bajet 2018.

Menurut beliau, pertambahan peruntukan itu bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri yang akan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat dan kerajaan negeri menjangkakan memperoleh hasil berjumlah RM2.015 bilion menjadikan bajet itu bajet berimbang.

Daripada jumlah tersebut (RM2.015 billion), sebanyak RM66.93 juta merupakan hasil cukai, RM203.53 adalah hasil bukan cukai dan RM1.745 billion merupakan terimaan bukan hasil.

“Secara perinciannya, kerajaan negeri mencadangkan peruntukan sebanyak RM2.015 bilion untuk perbelanjaan mengurus. Daripada jumlah tersebut, RM600 juta akan dicarumkan kepada kumpulan wang pembangunan untuk perbelanjaan pembangunan.

“Ia termasuk RM186.2 juta untuk projek bayaran tertangguh dan bayaran berjadual. Kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM1.8 juta kepada kumpulan wang bekalan air,” katanya.

Dr Ahmad Samsuri yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, di bawah peruntukan perbelanjaan mengurus sebanyak RM86.025 juta atau 4.27 peratus akan diperuntukkan bagi perbelanjaan tanggungan manakala RM1.929 bilion atau 95.73 peratus pula diperuntukkan untuk perbelanjaan bekalan.

Belanjawan tersebut merupakan peruntukan sulung kerajaan pimpinan PAS selepas berjaya mengambil alih pentadbiran daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu dengan menguasai 22 kerusi manakala BN 10 kerusi.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!