Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Rejiman 502 Askar Wataniah terima surau dari Bank Muamalat

Rejiman 502 Askar Wataniah terima surau dari Bank Muamalat

by Nurulhuda

BANTING, 24 Nov – Rejiman 502 Askar Wataniah menerima sumbangan sebuah surau daripada Bank Muamalat Malaysia Berhad untuk kegunaan penganut Islam di Lapang Sasar Menembak Jugra, dekat Batu Hampar hari ini.

Menurut laporan Berita Harian, sumbangan disempurnakan secara rasmi oleh Naib Presiden Kanan, Bahagian Pengurusan Kredit Bank Muamalat Malaysia Berhad Muhamad Radzuan Ab Rahman menerusi penyerahan plak kepada wakil Timbalan Komander Rejiman 502 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Mohd Azhar Ali, tengah hari tadi.

Muhamad Radzuan berkata, sumbangan berkenaan menggunakan dana dari Tabung Mawaddah Bank Muamalat, manakala pembinaan surau dilaksanakan dengan kerjasama ahli Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT).

“Setiap tahun kita mengadakan program khidmat masyarakat dengan memberi sumbangan dan bantuan bagi kepada masyarakat sekeliling termasuk agensi awam yang memberi perkhidmatan kepada kita.

“Pada tahun ini kami memilih untuk membina sebuah surau di lapang sasar ini memandangkan kemudahan itu belum ada di kawasan ini yang mana ia sedikit sebanyak dapat memberi kemudahan kepada orang Islam untuk beribadah,” katanya ketika ditemui sejurus majlis penyerahan berkenaan, hari ini.

Sementara itu, Mohd Azhar berkata, pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bank Muamalat kerana keprihatinan agensi itu mengenai kekurangan kemudahan surau di lapang sasar berkenaan.

“Sebelum ini anggota atau pegawai yang menjalani latihan menembak di lapang sasar ini menggunakan ruang pejabat di sini untuk menunaikan solat, namun dengan adanya surau ini dengan paip untuk mengambil wuduk, ia memudahkan kami.

“Saya mewakili warga Rejimen 502 Askar Wataniah mengucapkan ribuan terima kasih dan kami sangat menghargai sumbangan ini,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!