Home Semasa Kelewatan keputusan UPSR bukan kali pertama

Kelewatan keputusan UPSR bukan kali pertama

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) termasuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 bagi murid tahun enam akan diumumkan pada 29 November (Khamis) ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam kenyataan hari ini menjelaskan Lembaga Peperiksaan sebelum ini juga pernah mengeluarkan keputusan UPSR semasa cuti sekolah.

“Kelewatan itu disebabkan peperiksaan UPSR 2018 telah dilaksanakan hampir dua minggu lewat berbanding pelaksanaan peperiksaan UPSR pada 2017.

“Peperiksaan UPSR 2018 lewat diadakan kerana terdapat beberapa cuti umum pada awal dan pertengahan September lalu.

“Cuti umum itu adalah, 31 Ogos merupakan Hari Kebangsaan, 9 dan 10 September adalah Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, 11 September merupakan Awal Muharam serta 16 dan 17 September adalah Hari Malaysia,” jelas kenyataan Kementerian Pendidikan hari ini.

Sehubungan itu, calon yang terlibat boleh mengambil keputusan tersebut di sekolah masing-masing bermula 10 pagi.

Kementerian Pendidikan mengulas mengenai kebimbangan ibu bapa berikutan kelewatan pengeluaran pelaporan PPSR dan keputusan UPSR 2018 yang diumumkan oleh kementerian dalam satu kenyataan pada 20 November lalu.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!