Home PolitikPakatan Harapan Tingkatkan kualiti kepimpinan – Zuraida

Tingkatkan kualiti kepimpinan – Zuraida

by Air Times News Network

SHAH ALAM, 18 Nov – Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin berkata, anggota PKR yang berada di dalam kerajaan perlu meningkatkan kualiti kepimpinan demi pemerintahan yang lebih berkesan.

Tambahn Zuraida lagi, peningkatan kualiti kepimpinan tersebut sekali gus membantu hasrat parti dalam seruan reformasi di dalam kerajaan.

“Bila jadi kerajaan, kualiti ditingkatkan kepada anggota yang memimpin kerajaan yang ada.

“Saya minta semuanya memahami, menghadami polisi kerajaan agar dapat membantu menyampaikan hasrat kerajaan dan reformasi kerajaan.

“Ia termasuk kakitangan kerajaan yang ada sekarang ini,” katanya semasa ucapan penggulungan Ketua Wanita semasa Kongres Nasional PKR ke-13 di sini, hari ini.

Jelasnya, paling penting memastikan kekuatan akar umbi dalam menunggu masa mengangkat perdana menteri kelapan dari PKR.

Zuraida turut mengimbau kembali situasi parti dan gerakan reformasi sejak 20 tahun dahulu.

“20 tahun dahulu tiada wanita yang hendak masuk PKR, tetapi bila ada gerakan reformasi bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, ramai yang masuk parti,” jelasnya lagi.

Zuraida sebelum ini melahirkan kepercayaannya tidak mustahil ahli sayap itu menjadi Perdana Menteri ke-10, 11 atau 12 selepas mempunyai ilmu dan pengalaman yang cukup untuk menjadi pemimpin.

Jelasnya, ia perubahan besar yang berlaku selepas sayap parti itu berjuang sejak lebih 20 tahun lalu.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!