Home Semasa 1MDB: Stadlen tinggalkan Malaysia sebelum PRU14

1MDB: Stadlen tinggalkan Malaysia sebelum PRU14

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Bekas Pengarah Urusan Apco Worldwide Malaysia, Paul Geoffrey Stadlen yang dicari bagi membantu siasatan skandal 1Malaysia DeveIopment Berhad (1MDB) telah meninggalkan Malaysia sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) Mei lalu.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki.

“Memang betul dia sudah meninggalkan Malaysia sebelum PRU14,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Akhbar antarabangsa, The Daily Mail melaporkan Stadlen, 39, dipercayai terbang ke London sebelum ke lokasi lain yang tidak diketahui.

Menurut laporan itu, dia didakwa melarikan diri dari negara ini dan kemungkinan terbang ke London namun tidak menyatakan waktu Stadlen keluar dari negara ini.

Pada 1 Nov lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dilaporkan berkata SPRM sedang mencari Stadlen bagi membantu siasatan kes berkaitan 1MDB.

Mohd Shukri berkata pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Imigresen bagi mengesan Stadlen.

Lelaki warga Britain itu beralamat terakhir di Unit A-29-8, Blok A, Loft Sentral Condominium, Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral, Kuala Lumpur. – BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!