Home Pertahanan dan Keselamatan Anggota tentera maut motosikal rempuh bas sekolah

Anggota tentera maut motosikal rempuh bas sekolah

by Nurulhuda

PUNCAK BORNEO, 8 Nov – Seorang anggota tentera maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggang bertembung dengan sebuah bas sekolah, di Jalan Puncak Borneo berhampiran Kampung Bratan, di sini pagi ini.

Mangsa, Joharie Safri, 36, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian belakang, selain mengalami pendarahan teruk di bahagian kepala dan muka.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.44 pagi dan sebuah jentera serta ambulans EMRS segera dikejarkan ke lokasi bersama-sama sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Siburan.

Tambah beliau, pihaknya kemudian bertindak mengeluarkan mangsa dan melakukan aktiviti pembersihan, sebelum operasi tamat sekitar jam 7.40 pagi.

Mayat mangsa kata Ling Hii, telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!