Home Pertahanan dan Keselamatan Bajet 2019: Harap agenda kebajikan anggota ATM tidak terjejas – Hishammuddin

Bajet 2019: Harap agenda kebajikan anggota ATM tidak terjejas – Hishammuddin

by Air Times News Network

SHAH ALAM, 4 Okt – Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap agenda kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), keluarga dan veteran yang berjasa tidak terjejas selepas Belanjawan 2019 dibentangkan dua hari lepas.

Katanya, ini kerana peruntukan bagi kementerian tersebut telah dikurangkan sebanyak RM2 bilion berbanding tahun lepas.

Menurutnya, peruntukan RM400 juta bagi menyelenggara dan membaik pulih kuarters penjawat awam terutama polis, tentera dan guru tidak mencukupi.

“Perlu ada pelan holistik seperti Blueprint Perumahan ATM utk membina 40,000 rumah menjelang 2030 yang diumumkan kerajaan tahun lepas,” katanya menerusi hantaran di Twitter.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 mengumumkan kerajaan akan mempetimbangkan keselamatan dalam negari dan pertahanan negara dengan peruntukan pembangunan sebanyak RM5.9 bilion kepada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

Tambahnya,  bagi memastikan kesejahteraan penjawat awam terutamanya polis, tentera dan guru, RM400 juta untuk penyelenggaraan dan membaik pulih kuarters kerajaan yang dikenal pasti.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!