Home Pertahanan dan Keselamatan Kementerian Pertahanan bercadang kemas kini Dasar Pertahanan Negara

Kementerian Pertahanan bercadang kemas kini Dasar Pertahanan Negara

by Air Times News Network

LUMUT, 31 Okt – Kementerian Pertahanan bercadang mengemas kini Dasar Pertahanan Negara (DPN) yang digubal pada 2010 agar seiring dengan perkembangan dan cabaran semasa serta masa depan.

Timbalan Menteri berkenaan Senator Liew Chin Tong berkata sehubungan itu, satu kertas putih pertahanan akan disediakan bagi mendapatkan input berhubung keperluan pertahanan negara untuk jangka masa pertengahan dan jangka panjang.

“Dengan adanya kertas putih ini, soalan-soalan berkenaan pertahanan seperti industri pertahanan, isu berapa ramai tenaga anggota diperlukan, hala tuju pertahanan dan semua boleh diambil kira dan diberikan tumpuan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan upacara peletakan lunas kapal tempur pesisir (LCS) ke-4 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Limbungan Boustead Naval Shipyard (BNS), di sini hari ini.

Hadir sama Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Pengarah Urusan Boustead Heavy Industries Berhad Laksamana Madya (B) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor.

Liew berkata usaha mengemas kini DPN akan melibatkan kesemua pihak berkepentingan.

LCS4 ini adalah daripada kelas Gowind yang dilengkapi keupayaan kuasa tempur dan sistem pertahanan empat dimensi peperangan iaitu udara, darat, air serta elektronik selain turut mempunyai ciri-ciri serang hendap yang membuatkan ia sukar dikesan.

LCS4 ini adalah antara enam buah LCS yang dalam pembinaan oleh BNS menerusi projek bernilai RM9 bilion.

Kesemua kapal terbabit akan diserahkan kepada TLDM secara berperingkat dengan yang terakhir pada 2023. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!