Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat ATM patahkan cubaan seludup daun ketum di sempadan

ATM patahkan cubaan seludup daun ketum di sempadan

by Air Times News Network

ALOR SETAR, 22 Okt – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Batalion Kedua Rejimen Sempadan (2RS) berjaya mematahkan cubaan menyeludup 408 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai RM36,720 dalam rondaan berasingan di sekitar Pos Sahara dekat Padang Terap petang semalam.

Panglima Enam Briged Brigedier Jeneral Datuk Abdul Aziz Ismail berkata dalam serbuan pertama pada pukul 1.15 petang, pasukan ronda yang diketuai oleh Koperal Alfizan Busri telah menemui dua guni putih dan 20 plastik hitam yang berisi 280 kg daun ketum bernilai RM25,200 yang ditinggalkan di kawasan semak berdekatan Pos Sahara.

“Daun ketum itu ditemukan selepas pasukan ronda terbabit mengesan laluan motosikal yang baru digunakan berhampiran anak sungai dan telah membawa pasukan itu ke kawasan semak dimana daun ketum ditinggalkan untuk diseludup pihak ketiga ke negara jiran.

“Penyeludup kini membuka taktik baharu dengan membuka laluan lain di tepi sungai bagi mengabui mata pihak berkuasa, namun rondaan ketat pasukan keselamatan di sempadan berjaya mengesan aktiviti penyeludupan untuk tindakan,” katanya.

Melalui serbuan kedua pada pukul 4.20 petang itu, pihaknya menahan seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda berumur 30-an sedang menuju ke arah sempadan dalam keadaan mencurigakan. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!