Home Semasa Anggota tentera dalam aktiviti pemilihan parti politik: Kementerian Pertahanan akan ambil tindakan

Anggota tentera dalam aktiviti pemilihan parti politik: Kementerian Pertahanan akan ambil tindakan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Pihak Kementerian Pertahanan hari ini memandang serius akan dakwaan penglibatan anggota tentera dalam proses pemilihan sebuah parti politik.

Kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini adalah berhubung laporan media yang mendakwa 30 orang individu telah dihalang daripada mengundi ketika proses pemilihan sebuah parti politik kerana dipercayai memegang kad pengenalan tentera pada 21 Oktober 2018 lalu.

Pihak Kementerian Pertahanan mendapati maklumat laporan yang dinyatakan didapati bercanggah dengan laporan polis yang telah dibuat oleh petugas parti politik tersebut.

Maklumat awal yang diperolehi oleh pihak Kementerian Pertahanan mendapati 7 individu yang didakwa pemegang kad pengenalan tentera atau ‘pengundi hantu’ telah disiasat oleh pihak polis adalah bukan anggota tentera.

Kementerian Pertahanan memandang serius dakwaan tersebut dan akan menunggu hasil siasatan penuh oleh PDRM.

Pihak kementerian akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota tentera jika siasatan polis mendapati mereka benar-benar terlibat dalam insiden yang dinyatakan.

“Tindakan disiplin yang sewajarnya akan diambil ke atas mereka berdasarkan perkara yang termaktub di dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) Bil 3/1972 serta arahan semasa dari markas setiap perkhidmatan yang melarang penglibatan anggota ATM dalam kegiatan politik dan pilihanraya,” jelas pihak Kementerian Pertahanan.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!