Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Perajurit Muda perlu pamerkan profesionalisme, keterampilan dan akhlak terpuji – PTD

Perajurit Muda perlu pamerkan profesionalisme, keterampilan dan akhlak terpuji – PTD

by Nurulhuda

PORT DICKSON, 20 Okt – Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi menyeru Perajurit Muda (PM) sentiasa mempamerkan profesionalisme, keterampilan dan akhlak yang terpuji disamping berpegang teguh kepada Ikrar Kesatria serta tidak sekali-kali mengkhianatinya.

“Kejayaan saudara dan saudari adalah hasil kepatuhan, kecekalan, ketabahan dan ketahanan yang menepati piawaian Tentera Darat,” katanya semasa Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 186/18 dan Wanita Siri 44/18 di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Bandar Tentera Darat pada hari ini.

Hasbullah berharap Perajurit Muda dapat menyesuaikan diri di pasukan kelak dan berfungsi sebagai anggota yang efektif dan efisyen yang mana suasananya berlainan dengan tuntutan dan cabaran yang berbeza dan proses menimba ilmu serta pengalaman tidak terhenti di pusat latihan.

Tambahnya lagi beliau turut menegaskan bahawa Perajurit Muda adalah sebahagian daripada mereka yang meneruskan kelangsungan budaya dimana sentiasa mempamerkan ketinggian imej displin yang sinonim dengan Tentera Darat.

“Jagalah nama Tentera Darat dengan menjauhi perkara yang ditegah dan jangan sesekali mendekati atau mencuba sebarang gejala negatif kerana saya tidak akan berkrompomi dengan isu-isu disiplin dan integriti serta tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bermasalah.

“Selain itu, nilai-nilai spiritual dan pegangan agama harus dijadikan teras pegangan kerana ianya akan membawa kepada pengukuhan jati diri dalam mewujudkan Khairul Ummah yang mempunyai keseimbangan aspek kerohanian dan fizikal, tambah Hasbullah.

Terdahulu, seramai 1,408 Perajurit Muda Lelaki dan 77 Perajurit Muda Wanita telah berjaya menamatkan latihan bagi pengambilan kali ini yang bermula pada 8 April 2018 hingga menamatkan latihan pada 20 Oktober 2018.

Selama 26 minggu Perajurit Muda telah menjalani latihan meliputi pembinaan karakter, pengetahuan am ketenteraan, pengendalian senjata, latihan jasmani, kemahiran perang dan pengukuhan aspek kerohanian serta moral sebelum diserapkan ke dalam pelbagai Kor dalam Tentera Darat.

Nilai-nilai teras dan kepahlawanan yang diterapkan selama enam bulan merupakan tingkah laku organisasi yang diwarisi serta mencerminkan uniknya budaya ketenteraan yang penuh taat dan disiplin.

Pada masa yang sama, Hasbullah juga turut penyampaian anugerah kepada PM yang telah mempamerkan kecermelangannya selama menjalani latihan ini, meliputi beberapa kategori iaitu PM Akedemik Terbaik diberikan kepada PM Mohd Akmal Faqih Radzi, PM Kawad Terbaik, PM Muhammad Asraf Roslan manakala PM Kecergasan Terbaik ialah PM Nur Izzudin Abdul Rahim dan PM Penembak Terbaik di berikan kepada PM Mohamad Zaihan Rosland.

Manakala anugerah Perajurit Muda Keseluruhan Terbaik disandang oleh Perajurit Muda Dexter Libau ak Robert yang berasal dari Serian, Sarawak. Beliau merupakan perajurit yang menunjukan kepimpinan yang tinggi, displin, pencapaian akademik yang baik dan disenangi oleh Perajurit Muda yang lain. Hasil kesungguhan, kegigihan dan inisiatif yang tinggi dalam semua aspek latihan, beliau telah dipilih untuk merangkul gelaran sebagai Perajurit Muda Keseluruhan Terbaik.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Hasagaya Abdullah, Panglima Medan Barat Tentera Darat; Lt Jen Datuk Azizan Md Delin dan Panglima Latihan Tentera Darat; Mej Jen Dato’ Wira Md Tarji bin Alwi.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!