Home Semasa Kereta api kargo, KTM Komuter kemalangan

Kereta api kargo, KTM Komuter kemalangan

by Nurulhuda

Tanjun Malim, 18 Okt – Kemalangan membabibtkan kereta api kargo dan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter di Stesen Tanjung Malim, 6.02 pagi hari ini menyebabkan kelewatan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) sektor utara dan KTM Komuter laluan Tanjung Malim-Kepong.

KTM Berhad menerusi kenyataan di Facebooknya berkata, kemalangan itu menyebabkan ETS sektor utara mengalami kelewatan antara 10 hingga 15 minit manakala KTM Komuter laluan Tanjung Malim – Kepong mengalami kelewatan 20 hingga 30 minit.

Kenyataan Facebook KTM Berhad

Menurut kenyataan itu, kemalangan kedua-dua kereta api berkenaan bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

Katanya, kelewatan perkhidmatan tren ini berlaku kerana penggunaan satu landasan sahaja di antara Tanjung Malim-Kuala Kubu Baru.
“KTM Berhad memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku dan kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan.

“Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200 atau layari Twitter @ktm_berhad,” katanya dalam kenyataan berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!