Home Semasa Perang perdagangan China-AS belum beri kesan ketara ke atas Malaysia

Perang perdagangan China-AS belum beri kesan ketara ke atas Malaysia

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia sehingga kini belum menerima kesan ketara susulan ‘perang’ perdagangan antara China dan Amerika Syarikat.

Beliau berkata kerajaan sedar ia mungkin memberi kesan kepada negara namun ia juga dilihat boleh memberi faedah yang baik kepada Malaysia.

“Jikapun ada kesan, kita harap ia adalah dengan cara pemindahan pelaburan Amerika Syarikat di negara China ke Malaysia. Jadi, ada kemungkinan kita mendapat sedikit kebaikan daripada perang dagangan antara China dan Amerika Syarikat,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) mengenai sama ada Malaysia terikat dengan China atau Amerika Syarikat atau mengamalkan dasar berkecuali dalam soal perang perdagangan tersebut.

Dr Mahathir menegaskan kerajaan Pakatan Harapan mempunyai dasar tidak campur tangan dalam apa jenis peperangan sama sekali. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!