Daripada jumlah itu, 6,690 pemilih adalah dalam kalangan anggota tentera dan pasangan mereka manakala 578 adalah anggota polis.

Pegawai Pengurus PRK Parlimen Port Dickson, Khairy Maamor berkata, kesemua tiga pusat pengundian awal itu, di Kem Segenting, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson dan  Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) membabitkan 13 saluran mengundi akan dibuka mulai 8 pagi sehingga 5.30 petang.

“Bagaimanapun tiga saluran di IPD Port Port Dickson iaitu khemah A, B dan C akan ditutup awal pada pukul 12 tengah hari kerana kekurangan jumlah pengundi,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Proses pengundian awal itu akan disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding di bahagian-bahagian pilihan raya yang berkenaan dan pemerhati-pemerhati pilihan raya terdiri daripada wakil organisasi serta pertubuhan bukan kerajaan yang dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), juga akan turut menyaksikan proses pengundian awal tersebut. – Bernama