Home Pertahanan dan Keselamatan Kerajaan Negeri Sembilan sumbang RM70,000 kepada ATM setiap tahun

Kerajaan Negeri Sembilan sumbang RM70,000 kepada ATM setiap tahun

by Air Times News Network

PORT DICKSON, 5 Okt – Kerajaan Negeri Sembilan akan menyumbang RM50,000 kepada Tabung Kebajikan Tentera dan RM20,000 kepada Markas Latihan Tentera Darat di negeri itu setiap tahun bagi memastikan aktiviti sosial yang melibatkan tentera dengan masyarakat dapat ditingkatkan.

Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata pemberian itu juga diharap dapat mengeratkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara kerajaan negeri dan anggota tentera.

“Sumbangan ini bukan diberi semata-mata untuk pilihanraya yang berlangsung di sini. Jangan salah faham, sebab tiap-tiap tahun kerajaan negeri beri sumbangan dan kita tetap meneruskan pemberian ini kepada Angkatan Tentera Malaysia pada tahun hadapan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Ramah Mesra Menteri Besar Negeri Sembilan bersama Warga Tentera Darat di sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Panglima Markas Satu Briged Brig Jen Datuk Reduan Omar, Panglima Latihan & Doktrin Tentera Darat Mejar Jen Datuk Wira Md Tajri Alwi, Ketua Umum PKR yang juga calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas anggota Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah bersama kira-kira 800 anggota tentera. – BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!