2.4K
KUALA LUMPUR, 4 Okt – Isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini untuk proses pendakwaan berhubung pengubahan wang haram.
Beliau tiba di lokasi itu pada 8.27 pagi dengan sebuah kenderaan dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.
Rosmah kelihatan tenang ketika berjalan masuk ke bangunan itu dan menjadi tumpuan media dan orang ramai.
Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menahan Rosmah berhubung siasatan pengubahan wang haram setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara. – BERNAMA