1.7K
JAKARTA, 2 Okt – Dua kejadian gempa bumi berlaku di luar pantai selatan pulau Sumba Indonesia pagi ini, kata Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Gempa bumi cetek berkekuatan magnitud 5.9 berlaku jam 6.59 pagi waktu tempatan pada jarak 40 kilometer di luar pantai Sumba, pulau didiami kira-kira 750,000 penduduk.
Gempa berkenaan diikuti gegaran kedua 15 minit kemudian dengan magnitud 6.0 di kawasan sama pada kedalaman 30 kilometer.
Sumba terletak kira-kira 1,600 kilometer ke selatan pulau Sulawesi yang dilanda gempa dahsyat dan tsunami Jumaat lalu, mengorbankan lebih 800 orang.