Home Semasa Gempa di Sulawesi: MAPIM hantar bantuan kemanusiaan

Gempa di Sulawesi: MAPIM hantar bantuan kemanusiaan

by Nurulhuda

SEPANG, 2 Okt – Majlis Perundingan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggerakkan pasukannya di Sulawesi Tengah, Indonesia bagi menyalur bantuan misi kemanusiaan gempa bermagnitud 7.5 skala Richter dan tsunami di negara itu, pada Jumaat lepas.

Ketua Misi Bantuan Kecemasan Sulawesi Tengah, Dr Ahmad Sani Araby Al-Kahery berkata Mapim adalah pasukan pertama menyalurkan bantuan kemanusiaan dengan melibatkan 15 anggota  termasuk media.

Beliau berkata pasukan itu akan berlepas ke Makassar hari ini dan menuju ke Mamaju sebelum tiba di Palu, Indonesia untuk membuat koordinasi serta pemerhatian di kawasan terjejas gempa itu.

Ahmad Sani berkata situasi di Palu ketika ini amat teruk apabila penduduk kawasan yang terjejas gempa tidak menerima bantuan bekalan makanan sejak 72 jam.

“Bekalan makanan tidak dapat dihantar kerana bekalan elektrik terputus, isyarat komunikasi yang lemah serta banyak jalan menuju ke kawasan terjejas (gempa) di Palu juga terputus hubungan,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari ini. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!