BANGKOK, 28 Sept – Thailand hari ini melantik ketua angkatan tentera baharu yang setia kepada raja dan akan menyaksikan pengunduran kerajaan tentera bagi memberi laluan kepada pembentukan kerajaan awam selepas pemerintahan junta selama hampir lima tahun.
Jeneral Apirat Kongsompong, 58, yang merupakan anggota Pengawal Diraja Divisyen Infantri Angkatan Tentera Pertama, sebuah pasukan yang membentuk tentera diraja.
Beliau merupakan anak lelaki Jeneral Sunthorn Kongsompong yang mengetuai rampasan kuasa tentera pada 1991.
Media negara ini menyifatkan Apirat sebagai `leftenan kepercayaan’ Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha yang mengetuai rampasan kuasa tentera pada 2014.
“Saya akan melakukan yang terbaik untuk negara dan rakyat,’’ kata Apirat dalam ucapan semasa menerima watikah pelantikan. – Reuters