Home SemasaGlobal S-300 untuk Syria

S-300 untuk Syria

by Noor Sheila Amin

MOSCOW , 25 Sep – Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu memaklumkan pihaknya akan menghantar peluru berpandu jenis S-300 ke Syria untuk memperkukuh sistem pertahanan udara Syria.

Menurut Sergei, peluru berpandu itu akan dihantar dalam tempoh dua minggu akan datang.

Kremlin sebelum ini menyalahkan Israel berikutan kehilangan pesawat tentera miliknya dan menyebabkan kesemua 15 anggota tentera dalam pesawat itu terkorban ketika melalui ruang udara Syria.

Rusia yang mengancam akan bertindak balas terhadap kejadian itu mendakwa juruterbang Is­rael melancarkan serangan ke kawasan di Syria dan telah menggunakan pesawat Rusia sebagai ‘pelindung’ sekali gus mendedahkan pesawat berkenaan terhadap bedilan daripada tentera udara Syria.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!