Home Semasa Kerajaan negeri prihatin nasib veteran ATM

Kerajaan negeri prihatin nasib veteran ATM

by Noor Sheila Amin

IPOH, 25 Sep – Isu pemilikan rumah untuk veteran  akan diberikan perhatian oleh kerajaan negeri Perak berhubung beberapa dakwaan dimana masih terdapat lagi veteran yang belum memiliki rumah sendiri.

Exco Kerajaan Perak, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata, pihaknya akan mengemukakan kepada menteri besar berhubung veteran yang masih belum memiliki rumah sendiri.

Menurutnya, kerajaan negeri sebelum ini telah pun memulakan pembinaan rumah berkenaan namun difahamkan hanya 2,000 unit yang siap dibina.

“Kita difahamkan, permintaan asal adalah sebanyak 7,000 unit. Namun, mungkin ada kekangan pemilikan tanah dan sebagainya hanya 2,000 unit berjaya disiapkan.

“Oleh itu, mungkin juga kita akan ubah bentuk rumah daripada bentuk ‘landed’ kepada bentuk ‘high rest’  dalam usaha memaksimumkan penggunaan tanah.

“Selain itu mungkin boleh ada kelonggaran daripada pihak bank bagi memudahkan veteran ini untuk membuat pinjaman,” katanya.

Beliau yang ditemui pada sidang media sempena Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Veteran Angkatan Tentera (PVAT) Malaysia di Pusat Transformasi Luar Bandar, semalam.

Turut hadir, Presiden PVAT Perak, Tan Sri  Mohd Anwar Mohd Nor (B) dan Yang Dipertua (YDP) PVAT Perak, Leftenan KDR Jayah Said.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!