Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat ATM terus perketat kawalan di sempadan Bukit Kayu Hitam

ATM terus perketat kawalan di sempadan Bukit Kayu Hitam

by Nurulhuda

BUKIT KAYU HITAM, 25 Sept – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus memperketatkan kawalan dengan menahan 10 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Myanmar berumur antara 18 hingga 41 tahun ketika cuba memasuki negara ini berhampiran Pos 1 di sini, semalam.

Panglima 6 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Abdul Aziz Ismail berkata, mereka terdiri daripada lima lelaki dan lima wanita yang ditahan kira-kira pukul 2 pagi oleh sepasukan anggota dari Batalion Ke-6 Rejimen Askar Melayu Diraja (6-RAMD) yang menjalankan tugas rondaan di kawasan tersebut.

“Pasukan ronda diketuai Sarjan Hanif Abd Ghani melakukan tangkapan selepas melihat pergerakan sekumpulan individu sedang menghala ke sempadan negara berdekatan pos terbabit.

“Selepas ditahan dan pemeriksaan yang dilakukan mendapati kesemua Pati gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, mereka dibawa ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera  5 Rejimen Sempadan  bagi pemeriksaan kesihatan sebelum diserahkan ke Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut. -Bernama

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!