NEW YORK, 25 Sep – Amerika Syarikat (AS) akan memberi tambahan dana bantuan kemanusiaan untuk pelarian Rohingya di Bangladesh dan Myanmar sebanyak AS$389 (RM1.6 bilion) termasuk yang diberikan sejak tahun lalu, kata duta negara itu ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley.
“AS akan bermurah hati terhadap sesiapa sahaja yang berkongsi nilai murni kami, pihak yang mahu bekerjasama dengan kami dan pihak yang tidak cuba untuk menghentikan atau membenci Amerika,” katanya.
Beliau menyeru kerajaan Myanmar untuk menghukum pihak bertanggungjawab terhadap keganasan ke atas pelarian Rohingya dan membenarkan misi kemanusiaan secara menyeluruh.
Pasukan penyiasat PBB mendakwa tentera melakukan pembunuhan besar-besaran dan menoda golongan wanita Rohingya dengan tujuan menghapuskan mereka.
Myanmar menepis dakwaan berkenaan dengan berkata ia adalah kenyataan sebelah pihak dan turut menegaskan operasi terbabit dijalankan secara sah mengikut undang-undang untuk membanteras pengganas.