Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Muhammad Hafizuddeain panglima baharu Briged Kelima Infantri

Muhammad Hafizuddeain panglima baharu Briged Kelima Infantri

by Nurulhuda

KOTA KINABALU, 22 Sept – Brig Jen Muhammad Hafizuddeain Jantan dilantik Panglima Briged Kelima Infantri selepas menerima tugas itu daripada Mejar Jeneral Datuk Mohd Anuar Rijaludin, semalam.

Upacara serah terima tugas jawatan pegawai kanan Tentera Darat Malaysia (TDM) di Padang Kawad Rejimen Ke-6 Artileri, Kem Lok Kawi, telah disaksikan oleh Panglima Markas Angkatan Petugas 450 Kem Paradise, Mejar Jeneral Datuk Julkapri Rahamat.

Majlis menandatangani dokumen serah terima tugas dan penyerahan tongkat kuasa itu berlangsung dengan penuh istiadat perbarisan hormat seramai 12 pegawai dan 202 anggota lain-lain pangkat, diketuai Leftenan Kolonel Ithnin Kawi.

Mohd Anuar dalam ucapan ringkasnya berkata, beliau berbangga kerana diberi kepercayaan memimpin Briged Kelima Infantri dalam tempoh tiga tahun dan enam hari selepas mengambil alih jawatan itu, bermula 15 September 2015.

Beliau juga bersyukur kerana diberi kepercayaan dengan amanah baharu sebagai Asisten Panglima Bahagian Pasukan Simpanan di Markas Tentera Darat selepas ini.

“Berkat kesabaran dalam menempuhi cabaran bersama warga Briged Kelima Infantri, akhirnya saya dikurniakan kenaikan pangkat ini yang akan dipikul dengan penuh komitmen, ikhlas dan jujur.

“Terima kasih kepada semua atas sokongan dan kerjasama tidak berbelah bagi selama tempoh saya memegang jawatan Panglima Briged Kelima Infantri Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Briged Kelima Infantri turut menyaksikan serah terima tugas pengerusi baharu iaitu Hardiah Hamzah yang menggantikan Datin Siti Rosma Jalina Abdul Rahman.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!