KUALA LUMPUR, 22 Sept – Datuk Seri Najib Razak berkata, akhirnya Lim Guan Eng mengaku harga barang meningkat selepas pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Katanya, pengakuan Guan Eng itu berbeza dengan kenyataan pembantunya (pegawai khas Menteri Kewangan) Tony Pua yang pernah bertegas di Parlimen bahawa harga barang akan turun dengan SST.
“Guan Eng kini kata SST bukan sebab utama untuk kenaikan harga barang tetapi banyak faktor-faktor lain seperti barang diimport, penyusutan nilai ringgit, musim perayaan, kegiatan penyeludupan, kemarau di negara pengeluar selain sikap peniaga yang mahu mengaut keuntungan berlebihan.
“Dahulu, beliau berulang kali kata punca harga barang naik ialah kerana GST. Malah, beliau turut menyanyi lagu mengenai GST bersama kanak-kanak.
“Kini dia kata pula harga barang naik bukan kerana SST tetapi disebabkan oleh banyak faktor-faktor lain. Mungkin akan ada lagu SST juga selepas ini?” kata bekas Perdana Menteri itu dalam catatan terbaharu beliau di Facebooknya hari ini.
.