Home SemasaGlobal AS ancam sekatan jika India beli S-400

AS ancam sekatan jika India beli S-400

by Air Times News Network

WASHINGTON, 22 Sept – Pihak pentadbiran Presiden Donald Trump mengancam untuk mengenakan sekatan ke atas India, susulan keputusan New Delhi untuk membeli sistem peluru berpandu pertahanan udara S-400 dari Rusia.

AS mengeluarkan amaran itu semalam, sambil menegaskan bahawa New Delhi bakal berdepan implikasi daripada urus niaga tersebut.

Kenyataan itu dikeluarkan AS sehari selepas Trump menandatangani perintah eksekutif, membenarkan negara dan entiti asing dikenakan hukuman di bawah undang-undang sekatan dikenali sebagai Menangani Musuh Amerika Melalui Akta Sekatan (CAATSA) kerana berurusan dengan Rusia.

“Sasaran sebenar sekatan ini ialah Rusia,” kata seorang pegawai pentadbiran kanan kepada wartawan.

“Sekatan CAATSA dalam konteks ini (ke atas India) bukan bertujuan untuk melemahkan keupayaan pertahanan mana-mana negara.

“Ia bertujuan untuk menjejaskan Rusia sebagai tindak balas terhadap aktiviti jahatnya,” kata pegawai ber­kenaan.

Washington turut mengenakan sekatan ke atas China kerana baru-baru ini membeli jet pejuang Sukhoi Su-35 Rusia san S-400.

Malah AS turut mengutuk langkah Turki yang berunding dengan Rusia untuk pembelian S-400.

CAATSA diluluskan pada tahun 2017 sebagai alat untuk memberikan lebih ba­nyak kuasa kepada pentadbiran Trump untuk menyasarkan Rusia, Iran dan Korea Utara menerusi sekatan politik serta ekonomi. – Press TV

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!