1.6K
HANOI, 21 Sept – Presiden Vietnam, Tran Dai Quang dilaporkan telah meninggal dunia pada pagi tadi. Perkara tersebut dilaporkan oleh media Vietnam.
Agensi Reuters memetik kenyataan Vietnam Televisyen yang menyatakan presiden yang berusia 61 tahun itu meninggal dunia di sebuah hospital tentera di Hanoi.
Quang pernah memegang portfolio sebagai Menteri Keselamatan Awam sebelum dilantik menjadi Presiden Vietnam pada tahun 2016.