Home SemasaGlobal Gamal, Alaa Mubarak dibebaskan

Gamal, Alaa Mubarak dibebaskan

by Noor Sheila Amin

KAHERAH, 21 Sep – Gamal dan Alaa Mubarak, dua anak lelaki bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang ditahan atas tuduhan memanipulasi pasaran saham, dibebaskan dengan ikat jamin, semalam.

Kedua anaknya ditahan, Sabtu lalu dan didakwa bersama tiga individu lain kerana gagal memaklumkan perjanjian membeli kepentingan majoriti dalam beberapa bank menerusi satu syarikat.

Sebuah mahkamah di Kaherah mengarahkan pembebasan mereka dengan ikat jamin AS$5,550 (RM22,969), kata peguam Farid el-Dib kepada AFP. Tarikh perbicaraan ditetapkan pada 20 Oktober depan.

Ahad lalu, susulan penahanan mereka, pasaran saham Mesir mengalami prestasi terburuk, sejak Februari lalu.

Sejak penggulingan Hosni Mubarak pada 2011, sejumlah tindakan undang-undang dijalankan terhadap pemerintah tiga dekad itu dan ahli keluarga beliau.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!