Home Pertahanan dan Keselamatan 2 tali barut kumpulan penculik ditembak mati

2 tali barut kumpulan penculik ditembak mati

by M.Daim

KUNAK, 21 SeptĀ  – Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kunak, Unit Tindakan Khas, PGA BN 17 dan Ibu Pejabat Polis Sabah (IPK Sabah) telah menembak mati 2 suspek tali barut kumpulan Culik untuk tebusan (KFR) di perairan pulau Boheyan, Kunak pada jam 10.45 malam tadi.

Komander ESSCOM DCP Dato’ Hazani Ghazali berkata hasil maklumat orang awam, kira-kira pada jam 10.30 malam sepasukan anggota yang terdiri daripada ESSCOM dan PDRM Sabah dan Kunak, UTK dan PGA BATALION 17 telah digerakkan untuk melakukan Op Gasak Khas di kawasan Kg. Kunak 3.

Beliau berkata apabila tiba di kawasan perkampungan berkenaan, kelihatan sebuah bot pam memecut keluar melarikan diri ke arah Pulau Boheyan.

“Ekoran daripada itu, sepasukan anggota telah digerakkan untuk mengejar bot pam berkenaan sehinggalah berlaku tembak menembak antara pasukan keselamatan dengan kumpulan penjenayah berkenaan.

“Kita berjaya menembak mati kedua-dua suspek berkenaan dan pemeriksaan lanjut terhadap bot pam berkenaan, pasukan keselamatan telah menemui dua pucuk revolver jenis .38 dan .22 dengan masing-masing mempunyai 1 dan 7 butir peluru hidup di dalamnya dan 5 butir kelongsong peluru .38 di dalam bot pam berkenaan”, katanya dalam satu sidang media khas i Ibu Pejabat Polis Kunak sebentar tadi.

Siasatan masih dijalankan untuk mengenalpasti identiti suspek berkenaan dan tiada dokumen pengenalan diri dijumpai.

Laporan asal oleh: ESSCOM

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!