WASHINGTON, 20 Sep – Presiden Donald Trump dengan berani menuduh China aktif mensasarkan pilihanraya AS tetapi tidak memberikan bukti untuk menyokong dakwaannya itu.
Dakwaan yang kelihatan seperti menghubungkan isu itu kepada rundingan perdagangan yang sedang berlangsung di antara kedua negara itu.
“China secara terbuka menyatakan bahawa mereka secara aktif berusaha untuk memberi kesan dan mengubah pilihan raya dengan menyerang petani, peternak dan pekerja perindustrian kami kerana kesetiaan mereka kepada saya,” tulis Trump dalam akaun rasmi Twitter miliknya.
China has openly stated that they are actively trying to impact and change our election by attacking our farmers, ranchers and industrial workers because of their loyalty to me. What China does not understand is that these people are great patriots and fully understand that…..
— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) September 18, 2018