Home SemasaGlobal Terkini : Angka korban tanah runtuh meningkat

Terkini : Angka korban tanah runtuh meningkat

by Noor Sheila Amin

MANILA, 19 Sep –  Mangsa tanah runtuh akibat taufan Mangkhut meningkat kepada 81 orang dan mungkin akan mencecah tiga angka kerana penyelamat masih menggali tanah runtuh di mana berpuluh lagi dipercayai tertimbus, kata pihak berkuasa.

Jumlah korban semakin meningkat kerana kebanyakan mayat yang ditemui dari tanah runtuh di bandar perlombongan Itogon di mana berpuluh lagi dipercayai masih tertimbus.

“Merujuk senarai itu, saya dapati 59 orang masih hilang di Itogon,” kata ketua pertahanan awam, Ricardo Jalad.

Taufan paling kuat itu turut melanda Hong Kong dan mengorbankan empat orang di wilayah Guangdong, selatan China.

Terdahulu taufan Mangkhut memusnahkan kawasan pertanian di utara negara itu dan meranapkan kediaman ketika membadai wilayah terbabit hujung minggu lalu membawa bersamanya angin kencang dan hujan lebat.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!