Home Politik Tak salah Umno, Pas berpakat – Najib

Tak salah Umno, Pas berpakat – Najib

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Bekas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan tidak menjadi kesalahan untuk parti itu berpakat dengan Pas kerana kedua-duanya merupakan blok pembangkang.

Beliau yang juga bekas perdana menteri berkata, ini kerana sebelum ini Pas juga bekerjasama dengan PKR dan DAP ketika parti itu berada dalam blok pembangkang sebelum PRU14 lagi.

“Tetapi pada pendapat saya, perjuangan untuk Melayu dan Islam tidak akan lengkap tanpa berjuang untuk semua rakyat Malaysia tidak mengambil kira kaum dan agama,” katanya menerusi kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Dalam pada itu, Najib turut meminta ahli Umno memberi ruang buat Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi memperkasakan semula parti itu.

“Zahid perlu diberi ruang dan kepercayaan untuk mengatur langkah bagi memperkasakan semula parti dan hala tujunya,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebuah pasukan khas akan ditubuhkan sayap parti itu bagi menilai dan memperhalusi kerjasama antara Umno dan Pas.

Katanya, pasukan itu akan dipengerusikan oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Shahril Sufian Hamdan.

Menurutnya, pasukan berkenaan juga akan mengambil kira pandangan perwakilan Pemuda Umno pada Persidangan Pemuda, Perhimpunan Agung Umno 2018 pada 29 September ini.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!