1.5K
SEOUL, 19 Sept – Korea Utara akan menutup tapak ujian peluru berpandu Tongchang-ri, kata Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in hari ini selepas menghadiri sidang kemuncak dengan Kim Jong-un di Pyongyang.
“Utara bersetuju untuk menutup terus tapak ujian enjin peluru berpandu dan kelengkapan pelancaran peluru berpandu disaksikan oleh pakar dari negara-negara yang berkaitan,” kata Moon kepada wartawan. – AFP