Home Semasa Peguam Negara nafi letak jawatan

Peguam Negara nafi letak jawatan

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 18 Sept – Peguam Negara, Tommy Thomas menafikan meletakkan jawatan sebagaimana dilaporkan oleh sebuah portal, hari ini.

Memetik laporan Malaysian Insight, Tommy menyifatkan ia satu khabar angin yang berniat jahat.

“Tidak, sama sekali tidak. Saya masih berkhidmat,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan Tommy meletakkan jawatan, bagaimana pun berita itu ditarik balik selepas 15 minit disiarkan.

Tommy diperkenan Istana Negara bagi menggalas jawatan itu pada 4 Jun lepas untuk menggantikan Tan Sri Apandi Ali. – Sinar Harian

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!